JKN kesan kontak rapat petugas UTC positif COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 19 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masih mengesan kontak rapat petugas Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini yang dipercayai positif COVID-19 dijangkiti daripada ahli keluarganya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan difahamkan petugas wanita berkenaan dijangkiti daripada ahli keluarganya yang menetap di Bukit Beruang.

“Setakat ini belum ada jumlah sebenar dari UTC yang perlu disaring serta jumlah keseluruhan kontak rapat pesakit berkenaan kerana kes itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut susulan kes itu, UTC Jalan Hang Tuah ditutup hari ini bagi membolehkan kerja disinfeksi dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Bagaimanapun, UTC akan dibuka semula dan beroperasi seperti biasa esok,” katanya.

Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan pusat berkenaan ditutup sementara hari ini susulan seorang petugasnya di tingkat sembilan bangunan itu didapati positif COVID-19.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 20-an itu mendapat jangkita daripada bapanya yang disahkan positif virus berkenaan Selasa lalu.

“Susulan itu, wanita terbabit membuet pemeriksaan sebelum mengetahui turut positif COVID-19 hari ini.

“Turut positif adalah ibunya serta adik beradiknya yang menetap di Taman Bukit Beruang Utama,” katanya.

Views:

615
Kongsi :
Previous post ‘Dulu nenek dah pesan jangan merayau, tapi…’
Next post Nilai sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka meningkat kepada RM80,000
Ubah saiz-+=