
JKM siasat, sedia laporan terperinci kes kanak-kanak maut didera
MenteriĀ Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri menerusi satu kenyataan berkata JKM akanĀ menyediakan laporan dengan lebih terperinci berhubung kronologi, sejarah serta setiap perkembangan kes itu.
āPolis Diraja Malaysia (PDRM) juga sedang menjalankan siasatan terhadap kes ini dan saya memberikan jaminan bahawa KPWKMĀ serta agensi di bawahnya akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut,ā katanya.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor berkata kanak-kanak berusia empat tahun itu dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail di Johor sejak 23 Dis setelah dilaporkan pengsan di rumah rakan kakak kandungnya di Senggarang, Batu Pahat sebelum meninggal dunia, Isnin lepas.
Merujuk insiden itu, Nancy memaklumkan KPWKMĀ akan meneroka segala kemungkinan untuk memperkemas faktorĀ pencegahan, termasuklah seperti keperluan Ā hukuman yang lebih tegas dan berat kepada pesalah kes dera.
Beliau berkata langkah itu bagi memastikan agarĀ kes penderaan sebegituĀ tidak berulang lagi di samping pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam memberi jagaan yang terbaik kepada kanak-kanak.
āSelain kecederaan fizikal, kes penderaan kanak-kanak boleh menyebabkan implikasi kesihatan mental yang berpanjangan seperti kemurungan, lebih-lebih lagi bagi mangsa kes yang tidak dilaporkan dan kekal tersembunyi,ā katanya.
Nancy turut memaklumkanĀ penilaianĀ dasarĀ semasa membabitkan kanak-kanak dan membawa penambahbaikan menyeluruhĀ termasuklah dari segi aspek perlindungan, pemantauan serta pembangunan sosial kanak-kanak di negara ini adalah keutamaan beliau.
Beliau menyeru orang ramaiĀ yang mengetahui tentang penderaan kanak-kanak yang berlakuĀ supaya tidak mengabaikannya dan memaklumkan kepada KPWKM melalui Talian Kasih di talian 15999 atau nombor WhatsApp 019-2615999Ā atau menghubungi pihak berkuasa berdekatan dengan segera.
āBersamalah kita memainkan peranan dalam mencurahkan kasih sayang dan memberi perlindungan sewajarnya kepada kanak-kanak demi kesejahteraan keluarga, keharmonian masyarakat dan kemajuan negara,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.