Sorting by

×

JKM MELAKA SALUR BANTUAN RM129.6 JUTA

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

SERI NEGERI 30 Disember – Bantuan berjumlah RM129.6 juta disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka kepada 31,356 penerima bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin berkata, bantuan itu disalurkan kepada penerima dalam kalangan keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, warga emas dan kanak-kanak.

“Daripada keseluruhan peruntukan sejumlah RM108.9 juta adalah melalui peruntukan Kerajaan Persekutuan, manakala RM17.7 juta lagi menerusi peruntukan Kerajaan Negeri.

“Peruntukan ini diagihkan kepada penerima seluruh Negeri Melaka tanpa mengira kaum atau bangsa,” katanya ketika menjawab soalan Dr. Mohd Aleef Yusoh (PN-Sungai Udang) pada Persidangan Ketiga (Bajet) pada Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Kalsom yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu-BN berkata, daripada peruntukan itu sejumlah RM2.2 juta disalurkan JKM kepada penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang memberi manfaat kepada 502 orang.

“Berdasarkan pecahan penerima bantuan mengikut daerah pula, di Melaka Tengah terdapat 16,432 penerima (RM66,234, 825), Daerah Alor Gajah seramai 7,340 orang (RM29,392, 769) diikuti 7,584 penerima (RM31,016, 061) dari daerah Jasin,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

926
Kongsi :
Previous post MELAKA JADI HAB HELIKOPTER PADA 2025
Next post EMPAT CABARAN UTAMA MAIM, URUS TANAH WAKAF
Ubah saiz-+=