JKM cari waris kanak-kanak lelaki dua tahun

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 23 Julai – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan berhampiran tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, dua tahun lalu.

Menurut Pegawai JKM, dalam kejadian pada jam 12.40 tengah hari, 9 Julai 2022, kanak-kanak berkenaan ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan kini ditempatkan sementara di bawah jagaan pasangan suami isteri masing-masing berusia 35 dan 32 tahun dari Bertam.

“Usaha mengesan waris telah dilakukan dengan membuat siaran akhbar pada 21 Julai 2022 setelah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Ayer Keroh, mengikut Subseksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Ujarnya, waris atau individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh segera menghubungi Pelindung Kanak-kanak atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah di talian 06-3333333

Sebelum ini media melaporkan JKM Daerah Melaka Tengah mencari waris bayi lelaki yang ditinggalkan di tandas Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan, di sini.

Bayi itu dipercayai ditinggalkan ibu kandungnya sejurus dilahirkan di dalam tandas berkenaan, sebelum ditemukan orang awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

192
Kongsi :
Previous post Wanita dipenjara tiga hari, denda RM500 curi makanan sejuk beku
Next post Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Ubah saiz-+=