Sorting by

×

JKKN Melaka sedia 21 program utama semarak TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

KESIDANG 24 Mei – Sebanyak 21 program utama menerusi enam teras dirancang untuk dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Pengarah JKKN Melaka Ezlina Alias berkata, teras pertama lebih kepada memperluaskan asuhan dan kemahiran seni budaya untuk pembangunan modal insan.

Katanya, teras kedua adalah memperkasakan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan seni budaya negara.

“Teras Ketiga mempertingkat kebolehcapaian perkhidmatan budaya kepada komuniti bagi kesejahteraan rakyat. Keempat pula adalah memperkukuhkan tadbir urus seni budaya untuk penyemarakkan industri.

Sementara itu teras kelima pula memperkukuhkan jaringan kerjasama kebudayaan bagi kecemerlangan seni budaya dan yang terakhir memantapkan tadbir urus kearah organisasi berprestasi tinggi,” katanya ketika berucap pada Program Sepetang JKKN Melaka bersama Media Melaka 2024 di sebuah pusat hiburan keluarga di sini, semalam.

Whatsapp Image 2024 05 23 At 6.00.23 Pm
EZLINA.

Mengulas lanjut Ezlina berkata, Program Sepetang Bersama Media Melaka 2024 adalah antara 21 program yang dirancang pada tahun ini.

Jelasnya, antara program lain akan dilaksanakan adalah Program Cakna Pusat Sumber Seni Budaya; Program Bimbingan Seni Budaya; Pembangunan Potensi Siri Bengkel.

“JKKN Melaka turut menjalankan Penyelidikan Seni Budaya Asimilasi Budaya Kumpulan Etnik Portugis dan Budaya Tempatan; Perantisan Seni Rebana.

“Antara program utama lain juga afalah Pertandingan Bintang Asli Remaja Peringkat negeri; Festival Tari Malaysia Peringkat Zon Selatan; Kumpulan Satelit Budaya serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

77
Kongsi :
Previous post Tarikan baharu di Pusat Ekopelancongan Paya Lebar Fasa Kedua
Next post ‘P. Radhi Tribute To P. Ramlee’ gegar Panggung Bangsawan, 22 Jun depan
Ubah saiz-+=