
Imigresen buru Rayhan Kabir
MELAKA 7 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sedang mengesan lelaki warganegara Bangladesh yang dikenali Md Rayhan Kabir.
Alamat terakhir lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan di Sirhan Legacy Sdn Bhd, B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan dikeluarkan jabatan berkenaan, lelaki berkenaan dikesan bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki terbabit diminta tampil bagi tujuan siasatan kes tersebut.
“Hubungi terus Penolong Pengarah Imigresen, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Nurulmasha Nazlinan Hussin di talian 03-88801298 sambungan 1294 pada waktu pejabat.
“Maklumat juga boleh disalurkan menerusi talian bilik gerakan selepas waktu pejabat 03-88801555,” kata kenyataan itu.
Pada 3 Julai lalu, media antarabangsa, Al Jazeera menyiarkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang kandungan videonya mengecam perkauman serta layanan pendatang tanpa izin (PATI) ketika negara melaksanakan perintah kawalan menangani Covid-19.
Views:
Related


Berita Lain
TENDER KONTRAK SEWAAN BLACK HAWK SEDANG DINILAI
DURIAN TUNGGAL 16 Mac - Kementerian Pertahanan (MINDEF) kini dalam peringkat penilaian sebelum memutuskan untuk membuka semula tender kontrak sewaan...
SUAMI ISTERI MAUT DALAM KEMALANGAN DI BATU PAHAT
BATU PAHAT 16 Mac - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara...
PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BESUT DIPERCAYAI TERLIBAT PENGEDARAN DADAH
KUALA TERENGGANU 16 Mac - Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut awal pagi tadi...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
KPDN SERBU DUA PREMIS PENYEMBELIHAN AYAM BEROPERASI SECARA HARAM, KOTOR
CHERAS 13 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menyerbu...