
Jeti Parit Kemang bakal dibina, mudahkan nelayan peroleh hasil
SERKAM 27 Sept. – Kerajaan negeri dalam perancangan bagi membina jeti baharu di Parit Kemang sekali gus memudahkan 14 nelayan di kawasan itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia rentetan ketiadaan jeti di kawasan itu dan menyukarkan nelayan untuk mengumpul hasil tangkapan.
“Kita rancang nak buat jeti baru, selama ni mereka (nelayan) banyak tumpang jeti-jeti di tempat lain.
“Jadi eloklah kalau adakan jeti di Kampung Kemang itu sendiri supaya nelayan yang aktif boleh membawa hasil tangkapan terus ke situ.
“Kita dah bincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, saya minta muara di situ dikorek, jika tidak dikorek ia akan jadi gajah putih,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Post Rela Serkam Pantai sempena Lawatan DUN Serkam, hari ini.
Tegasnya, sesuatu perancangan itu perlu dibuat dan dikaji dengan terperinci bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Nak buat sesuatu perancangan kena buat betul-betul, kaji lebih terperinci, mana agensi berkaitan perlu bincang bersama,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...