
Jeti baharu buat nelayan Pantai Puteri bakal dibina
PANTAI KUNDOR 15 OGOS – Lebih RM500,000 diperuntuk bagi membina jeti baharu di Pantai Puteri sekali gus mampu menjadikan kawasan berkenaan sebagai pusat pengumpulan hasil laut nelayan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan berkata, inisiatif berkenaan akan dibangunkan dalam masa terdekat ini mampu memberi manfaat nelayan kawasan terbabit dalam menjana pendapatan.
Ujarnya, pembinaan jeti yang akan siap dibina kira-kira enam bulan sekali gus memberi peluang kira-kira 85 nelayan dengan keluasan sepanjang 300 meter bakal dibangunkan.
“Perbincangan bagi membina jeti nelayan sepanjang 300 meter ini sedang dilaksanakan dan kini kita sedang menunggu keputusan pihak berkaitan.
“Malah ia juga di dalam kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mendapatkan kelulusan membina jeti tersebut.
“Pelbagai lagi perancangan lain akan dibangunkan di kawasan ini termasuk mengindahkan kawasan sekitar pantai bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke kawasan ini,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...