Sorting by

×

Jeritan menantu selamatkan pasangan warga emas

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

ASAHAN 6 Mac – Tiga beranak termasuk pasangan warga emas terselamat selepas kediaman mereka di Bukit Senggeh, di sini, musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 3 petang dan disedari menantu warga emas berusia antara 70 hingga 80-an terbabit sebelum menjerit meminta penghuni rumah terbabit menyelamatkan keluar menyelamatkan diri.

Menurut Suhana Abd Razak, 40, yang juga saksi kebakaran berkata, dia yang berada di rumah tiba-tiba terhidu bau hangit seakan benda terbakar dari luar kediamannya.

Katanya, disebabkan rasa tidak sedap hati dia kemudian melihat keluar sebelum ternampak kepulan asap hitam dari bawah serambi rumah mentuanya.

“Saya ketika itu baru hendak makan sebelum tiba-tiba terhidu bau busuk lalu keluar untuk melihat dari mana datangnya bau tersebut.

“Terkejut melihat kepulan asap hitam itu saya terus menjerit memanggil mentua untuk keluar selamatkan diri, mujurlah mereka dengar jeritan saya,” katanya.

Katanya, ketika itu dikatakan ibu dan bapa mentuanya sedang tidur selain turut berada dalam rumah anak saudara.

“Kebakaran berlaku amat pantas, tidak sampai 10 minit habis terbakar selain turut kedengaran bunyi letupan dari dalam rumah.

“Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku walaupun tiada apa yang dapat diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.05 petang sebelum dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan BBP Jasin Bestari ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan kira-kira 90 peratus dari keluasan kediaman itu dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan operasi pemadaman dihentikan selepas pasukan bomba mendapati tiada lagi sebarang bahaya di lokasi kejadian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post Sedia lokar di sekolah tangani isu beg berat – Radzi
Next post COVID-19: Tak perlu ‘swab’ selepas selesai kuarantin – KP Kesihatan
Ubah saiz-+=