JERAMI DESA GAMIT PELANCONG KE PENGKALAN BATU

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

PENGKALAN BATU 29 Ogos – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, bakal mempunyai lokasi tarikan baharu apabila kawasan santai dinamakan Jerami Desa akan dibuka kepada kepada orang ramai.

Berkonsepkan suasana tenang dan mendamaikan yang dikelilingi sawah padi, kawasan itu juga turut diletakkan pondok kecil yang diperbuat daripada buluh bagi membangkitkan suasana kampung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noor berkata, sesuai dengan permintaan pada masa kini yang gemarkan suasana kampung untuk ‘healing’ bersama keluarga dan rakan, kawasan itu kelak pastinya akan menjadi tumpuan ramai.

Katanya, terletak di Kampung Pengkalan Batu, Jerami Desa itu adalah cetusan idea daripada Koperasi Pengkalan Batu (KOPABA) kepada mereka yang ingin merehatkan minda jauh dari kesibukan kota.

“Ini adalah projek yang amat bagus meskipun kawasan sawah di DUN Pengkalan Batu ini banyak sudah tiada disebabkan pembangunan, namun masih ada yang boleh kita jadikan kawasan tarikan.

“Kerja-kerja menyiapkan kawasan itu giat dijalankan oleh dan usaha ini juga bagi merealisasikan Projek Sejati Madani 2024,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Kalsom yang juga Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri berkata, selain mengetengahkan suasana desa, pelbagai makanan kampung juga akan turut dijual di situ.

“Kita harapkan segala perancangan berjalan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh terdekat kerana ini bakal menjadi produk baharu untuk DUN Pengkalan Batu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

119
Kongsi :
Previous post MAIM BANTU PEMBUAT ROTI JADI USAHAWAN BERJAYA
Next post IFUTURE: LAHIR PEMIMPIN MASA HADAPAN
Ubah saiz-+=