JENTIK MINDA ANAK MUDA, CETUS IDEA HASILKAN LEBIH BANYAK INOVASI
LENDU 29 Oktober – Kesedaran berhubung pentingnya mengikuti perkembangan teknologi perlu dipertingkatkan bagi memastikan generasi muda bersedia menghadapi sebarang cabaran pada masa akan datang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pendedahan anak muda kepada pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu dimantapkan agar dapat mencetuskan pelbagai lagi idea dan inovasi.
“Saya harap generasi sekarang bersedia menghadapi cabaran yang begitu besar kerana teknologi hari ini semakin berkembang dan setiap hari ada saja teknologi baharu di luar pemikiran manusia dihasilkan seperti kepintaran buatan (AI).
“Jadi menerusi penganjuran Minggu Sains Negara 2024 (MSN) Peringkat Negeri Melaka kali ini ia mampu menyuntik semangat anak muda menghasilkan inovasi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian MSN 2024Â Peringkat Negeri Melaka 2024 di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Alor Gajah, hari ini.
Hadir sama pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Speaker Dewan Undangan Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.