Jeneral Songwit Noonpackdee dianugerahkan beret ‘merun’, Sayap Penerjunan Kanan Kehormat
SUNGAI UDANG 30 Oktober – Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Songwit Noonpackdee dianugerahkan beret ‘merun’ dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat daripada 10 Briged para.
Menurut kenyataan dikeluarkan Tentera Darat Malaysia, majlis penganugerahan itu berlangsung di Dataran Parawood, Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para), Kem Terendak, pada Sabtu.
Pemakaian beret merun dan Sayap Penerjunan Kanan Kehormat kepada Songwit Noonpackdee disempurnakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Abdul Rahman.
“Penganugerahan itu menjadikan Songwit Noonpackdee sebagai penerima ke-70 selepas
Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan pada 21 Oktober 2023, baru-baru ini.
“Majlis turut disaksikan PTD, Chairman of the Advisory Board of Royal Thai Army, Jeneral Kittisak Boonprathamchai dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Terdahulu majlis penganugerahan dimulakan dengan pertunjukan pelbagai kepakaran 10 Briged Para yang menjadi antara pasukan tempur utama ATM.
Antara yang dipersembahkan adalah penerjunan bebas, tempur tanpa senjata, renang tempur, ‘tactical combat casualty care’, demonstrasi menara serba guna dan serangan seksyen.
Pegawai dan anggota 10 Briged Para turut mempertontonkan kemahiran mengendalikan payung terjun dan penggunaan ‘military tactical glider’ dari aras 5,000 kaki menggunakan pesawat EC725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Selain itu jemputan turut dipertontonkan kemahiran juruterbang Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) mengedalikan helikopter A-109 dan MD530G ketika melakukan demonstrasi ‘Close Combat Attack’ (CCA).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.