JENDELA Fasa 2: Melaka bina 11 lagi menara telekomunikasi
ASAHAN 16 Julai – Melaka menyasarkan sebanyak 11 menara telekomunikasi akan dibina bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di negeri ini.
Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, ia dilaksanakan menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa Kedua bermula pada awal tahun ini.
Jelasnya, inisiatif dilaksanakan itu bagi memastikan sasaran 100 peratus liputan jalur lebar membabitkan kawasan berpenduduk dicapai menjelang penghujung 2025.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan ini kita akan memantau beberapa titik buta liputan yang perlu penambahbaikan untuk memastikan kualiti capaian terbaik di negeri ini.
“Sudah pasti, kita memberi tumpuan di luar bandar, malah kita akan memastikan jaringan ini diperkasa menerusi jalan-jalan perhubungan utama antara ketiga-tiga daerah di Melaka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular Negeri Melaka di Japerun Asahan di sini hari ini.
Hadir sama, Pengarah MCMC Melaka, Syed Isa Alsagoff, Pengarah Jabatan Penerangan negeri (JaPen), Ab Rasil Hajatil, Ketua Pegawai Operasi Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH), Mohd Jailani Deraman serta tetamu lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...