
Jenazah Tun Salleh Abas selamat dikebumikan
KUALA TERENGGANU, 16 Jan. – Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim di Jalan Pusara, di sini jam 10.40 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham Mohamed Salleh, 91, yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad tiba di tanah perkuburan itu pada jam 10.15 pagi dan proses pengebumian dikendalikan kira-kira 10 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang lengkap berpakaian pelindung diri (PPE).
Bagaimanapun, ahli keluarga dan pihak media tidak dibenarkan untuk berada di dalam kawasan perkuburan berkenaan.
Menantu Allahyarham, Wan Pauzi Yahya berkata Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini Khamis lalu, setelah didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 3.20 pagi tadi, akibat pneumonia.
“Ketika berada di hospital, kami anak dan menantu masih dapat bercakap dengan Allahyarham dan beliau belum lagi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kami juga diberitahu Allahyarham mempunyai masalah pernafasan, tekanan darah rendah dan pelbagai masalah lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai urusan pengebumian, di sini hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
NORANIZA IDRIS BUAT LAPORAN POLIS DAKWA PERNIAGAAN MURUKU DITIPU RM630,000
SHAH ALAM 4 Mac - Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir...
MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’
AYER KEROH 4 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran...
NAHAS KM204: SYARIKAT LORI MENGAKU TIDAK BERSALAH DI MAHKAMAH MAJISTRET ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 4 Mac - Sebuah syarikat logistik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah di sini atas pertuduhan...
DUA SAHABAT MENGAKU SALAH ROMPAK BERKUMPULAN GUNA SENJATA, CEDERAKAN DUA LELAKI
KOTA BHARU 4 Mac - Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak...
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...