
Jenazah tiga beradik selamat dikebumikan
AYER KEROH 17 Dis. – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Kampung Sungai Putat apabila jenazah tiga beradik selamat dikebumikan pada jam 10.50 malam tadi.
Terdahulu, jenazah tiga beradik Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1, dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak pada jam 5.30 petang.
Ketibaan jenazah dengan menaiki tiga van jenazah berasingan tiba di kediaman keluarga datuk sebelah bapa mereka di Taman Seri Jati kira-kira lima jam kemudian.
Jenazah tiga beradik itu kemudian disembahyangkan di rumah berkenaan sebelum dibawa ke tanah perkuburan itu untuk disemadikan dalam satu liang lahad dengan disaksikan ahli keluarga dan saudara-mara terdekat.
Dalam kemalangan pada jam 3 petang semalam, tiga beradik maut di lokasi kejadian manakala ibu mereka parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas PERODUA Axia dipandu terbabas dan melanggar belakang treler di laluan kecemasan.
Views:
Related


Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...