Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Jenazah penyanyi terkenal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 36, selamat dikebumikan tepat jam 1.45 tengah hari tadi di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Berdasarkan siaran langsung portal Berita Astro Awani, seramai 10 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabit menyempurnakan pengebumian itu.

Bacaan talkin secara ringkas turut diadakan dan proses pengebumian selesai jam 1.45 tengah hari.

PETUGAS KKM mengebumikan jenazah Siti Sarah.

Kelihatan, kenderaan dinaiki suami arwah, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berada di pekarangan tanah perkuburan itu.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir adalah pelakon Rebecca Nur Al Islam yang menunggu dari mula hingga selesai pengebumian.

Sementara itu, puluhan petugas media berkampung di luar pagar tanah perkuburan itu bagi merakam gambar dan video proses pengebumian itu.

RABECCA turut hadir memberi penghormatan terhakhir.

Terdahulu, jenazah bertolak dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada jam 12.13 tengah hari dan tiba jam 12.40 tengah hari.

Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin 6, serta bayi yang baru dilahirkan Ayash Affan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1137
Kongsi :
Previous post JAIM salur 600 kg daging dan 300 kit makanan kepada asnaf dan miskin
Next post Wajah sugul Shuib di tanah perkuburan bikin sebak
Ubah saiz-+=