Sorting by

×

JENAZAH ISTERI SUK MELAKA SELAMAT DIKEBUMIKAN DI LENDU DALAM

Masa Membaca:50 Saat

LENDU 29 Januari – Jenazah isteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad, Allahyarhamah Datin Razimah Mohamed selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Lendu Dalam, jam 4.47 petang tadi.

Terdahulu allahyarhamah yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putra pada jam 12.30 tengah hari.

Jenazah yang dimandi dan dikafankan di Hospital Putra kemudian di bawa ke Masjid Sayidina Umar Al Khattab, Lendu untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.

Difahamkan Allahyarhamah meninggal dunia akibat keuzuran berikutan masalah buah pinggang dan angin ahmar.

Selain ahli keluarga dan waris, pengebumian Allahyarhamah turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Ab Rahman.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, barisan Exco, Timbalan Exco serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

469
Kongsi :
Previous post PGA TAHAN REMAJA LELAKI DISYAKI SELUDUP PETROL
Next post TIGA LELAKI DITAHAN EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM550,000