
Jenazah Hasnatul Adilah tiba di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar
AYER LIMAU 9 Jun – Jenazah Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, iaitu Hasnatul Adilah Hasan yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi tadi tiba di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar, di sini.
Arwah yang dimandi dan dikafankan di Hospital Muadazam Shah, Pahang tiba di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar pada jam 6.43 petang.
Terdahulu, akan diadakan majlis tahlil sebelum disusuli solat jenazah sejurus selesai solat fardhu Maghrib.
Seawal jam 5 petang tadi, perkarangan masjid mula dipenuhi saudara mara dan rakan arwah untuk memberi penghormatan terkahir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...