
Jenazah Hamzah selamat dikebumikan
TANJUNG BIDARA 10 Jun – Jenazah pembantu operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Allahyarham Hamzah Ahmad, 60, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Londang jam 11.30 malam tadi.
Terdahulu van jenazah membawa Allahyarham Hamzah tiba di Masjid Al Ehsan, Londang, Masjid Tanah jam 10.45 malam, dengan diiringi polis.
Seterusnya jenazah disembahyangkan oleh lebih 100 jemaah termasuk ahli keluarga, waris, kenalan dan penduduk sekitar.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer turut hadir untuk menziarahi keluarga Allahyarham.
Allahyarham adalah seorang dari empat mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan sebuah treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Rompin, Pahang, awal pagi semalam.
Dalam kejadian itu, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari SK Jeram, Masjid Tanah, bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...