JENAZAH DUA PELAJAR UTEM SELAMAT DIKEBUMIKAN
AYER KEROH 27 Disember – Jenazah dua pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Aziz an yang maut dalam kemalangan pagi semalam selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.mereka malam tadi.
Menurut kenyataan UTeM, pihak universiti itu membantu menguruskan dan menghantar pulang jenazah kedua-dua mangsa selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Jasin.
“Jenazah Nurul Syafiqah Nasruddin telah selamat disemadikan di tanah Perkuburan Islam di Kampung Ulu Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan selepas waktu Maghrib.
“Sementara itu jenazah Nurhanis Afryna Azizan di bawa pulang dan selamat dikebumikan di Felda Selancar is 2, Muadzam Shah, Pahang pada jam 10 malam,” kata kenyataan itu.
Selain menyerahkan sumbangan UTeM juga akan memberikan pampasan insurans kematian, sumbangan daripada Tabung Khairat Pelajar UTeM dan sumbangan Yayasan Perkasa Siswa KPT, kepada keluarga kedua-dua Allahyarhamah.
Kedua-dua pelajar terbabit merupakan mangsa dalam kemalangan di Kilometer (KM) 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, jam 6.30 pagi semalam.
Kemalangan turut melibatkan dua lagi pelajar UTeM iaitu Nur Hanis Suraya Supiyan dan Azwalidiya Azman
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.