Jemaah cemas beg dilarikan
ALOR GAJAH 2 Okt. – Jemaah wanita berdepan detik mencemaskan apabila beg tangan miliknya dilarikan seorang lelaki ketika solat subuh dalam kejadian di Masjid Jawahir, Pengkalan Balak, di sini, semalam.
Kejadian dikatakan berlaku antara jam 6.20 hingga 6.35 pagi, apabila mangsa berusia 55 tahun didatangi suspek.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika ditahiyat akhir mangsa tiba- tiba didatangi seorang lelaki tidak dikenali lalu mengambil beg tangan miliknya.
“Mangsa yang terkejut lalu menjerit meminta tolong bagaimanapun suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki Toyota Vios bewarna putih.
“Suspek juga dikatakan turut mengambil beg milik seorang lagi jemaah ketika hendak melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, didalam beg tangan mangsa terdapat kad pengenalan serta dua kad ATM.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan untuk mengenal pasti suspek.
“Dipercayai ada suspek lain juga yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya.
Arshad berkata, kes kemudian dirujuk ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak bank untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...