Sorting by

×

JELITA lahir 60 peratus tenaga kerja wanita berkemahiran

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

DURIAN TUNGGAL 17 Januari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyahut seruan Ekonomi Madani bagi melahirkan 60 peratus tenaga kerja wanita dalam industri Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, justeru itu pihaknya mewujudkan platform JELITA@UTeM@KPT yang memainkan peranan khusus untuk golongan wanita menceburi bidang itu.

“Konsep JELITA ini unik kerana ia memberi penekanan kepada ‘high TVET’ menerusi kursus atau persijilan profesional Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) atau melibatkan badan-badan profesional.

“JELITA telah mengorak langkah dengan sebanyak 2,700 pendaftaran direkodkan serta beberapa kursus ‘high TVET’ dilaksanakan melibatkan ‘machine learning’ (pembelajaran mesin) dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian TVET Place & Train UTeM@KPT dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Canselor UTeM di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Turut hadir Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, Massila berkata, UTeM juga menyasarkan pembangunan kemahiran dalam bidang ‘technical entrepreneurship’ untuk menjadikan pelajar sebagai pencipta pekerjaan (job creator).

“Inisiatif ini secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1036
Kongsi :
Previous post Belanja RM188, boleh menang wang tunai di The Shore
Next post Melaka destinasi pelancongan mesra-Muslim
Ubah saiz-+=