
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bantu realisasikan hasrat pelajar luar bandar ke IPT – PM
BERA,13 Mac – Program Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dapat membantu merealisasikan hasrat pelajar luar bandar dan pedalaman ke menara gading, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata dengan program turun padang yang bakal diadakan di 50 lokasi di seluruh negara itu, golongan berkenaan dapat didekati sekali gus memudahkan urusan mereka melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
āMalah, jelajah pendidikan ini dapat membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran dengan sumbangan dihulurkan daripada pelbagai agensi.
āKita juga fokus untuk bantu golongan ini kerana ada kalanya status dan latar belakang keluarga tidak mengizinkan mereka lanjutkan pengajian, jadi kita cuba bantu menerusi jelajah ini.
āSaya juga menyeru supaya agensi kerajaan, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyumbang supaya lebih ramai pelajar miskin dan tidak berkemampuan dapat dibantu untuk menyambung pengajian,ā katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian JPKM di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.