
Jelajah AKM Johor rekod padanan perniagaan RM5.26 juta – PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata program tiga hari bermula 3 Mac itu turut berjaya merekodkan hasil jualan keseluruhan usahawan tempatan sebanyak RM186,191.
Beliau berkata sebanyak RM49,110 daripada angka itu diraih melalui enam reruai jualan Keluarga Malaysia manakala RM130,447.40 dari segmen Jualan Usahawan (150 reruai) dan RM27,811 lagi dari segmen jualan Citarasa Keluarga Malaysia (sembilan reruai).
Turut menyumbang kepada nilai itu ialah jualan kenderaĀ saji yang mencatat jumlahĀ RM22,346.
āTahniah buat Keluarga Malaysia di Johor. Semoga jelajah ini akan memberi nilai tambah baharu yang akan mendasari setiap usaha ke arah meningkatkan sistem penyampaian kerajaan ke arah yang lebih baik,ā katanya ketika berucap melancarkan jelajah itu di Dataran Angsana hari ini.
Ismail Sabri juga berkata AKM penting dalam menguar-uarkan manifestasi dan pelaksanaan usaha berterusan kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat dengan turun padang ke seluruh negara.
Beliau berkata kementerian melalui agensi masing-masing disaran melakukan penglibatan seperti menyelesaikan isuĀ yang tertangguh di peringkat negeriĀ sebulan sebelum hari jelajah dirancang.
āJelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini bertujuan memudahkan rakyat di setiap negeri untuk mendapatkan maklumat terus daripada agensi Kerajaan Persekutuan menerusi perkhidmatan kaunter bergerak yang disediakan,ā katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.