Sorting by

×

JEJANTAS TUN TEJA PEMANGKIN EKONOMI PENIAGA KECIL

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

PENGKALAN BATU 22 Februari – Jejantas Tun Teja yang menjadi ikon baharu Negeri Melaka, dijangka mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil sekitarnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jejantas membabitkan kos keseluruhan hampir RM7.9 juta itu turut dilengkapi enam kios untuk diusahakan perniaga tempatan.

“Sebanyak enam buah kiosk telah disediakan bagi memberi peluang kepada peniaga tempatan untuk menjana pendapatan. Kiosk ini terletak di kedua-dua serambi jejantas yang dilengkapi dengan sistem projektor berasaskan sensor pergerakan.

“Selain itu, bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi sekitar Melaka Sentral dan Taman Cempaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif memperkenalkan Uptown Tun Teja yang mula beroperasi dari 19 hingga 28 Februari 2025 sebagai tempoh Percubaan dengan melibatkan 150 tapak perniagaan.

“Saya yakin dan percaya, pembangunan ini mampu menggamit lebih ramai pelancong domestik mahupun antarabangsa, sekali gus menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negeri yang lebih positif ,
limpahan manfaat terhadap usahawan kecil dan sederhana serta komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Jejantas Tun Teja di Perkarangan Parkir Melaka Sentral di sini malam tadi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad serta Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin, barisan Exco, Timbalan Exco serta Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

271
Kongsi :
Previous post JEJANTAS TUN TEJA MERCU TANDA BAHARU NEGERI MELAKA
Next post LEBIH 4,500 LED HIASI JEJANTAS TUN TEJA