Sorting by

×

Jari patah tidak halang bergelar johan pidato

Masa Membaca:2 Minit, 21 Saat

AYER LIMAU 20 Oktober – “Ketika berhujah sampaikan pidato memang rasa tak selesa, jari saya berdenyut-denyut kesakitan sebab lupa makan ubat tahan sakit tapi saya tetap teruskan,” kata Muhammad Azri Nor Azman.

Muhammad Azri meraih Johanr Johan kategori pidato dalam Program Cambah Minda: Pertandingan Debat dan Pidato Kenegaraan Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Limau,hari ini.

Dia yang merupakan pelajar semester akhir Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin tidak menyangka mampu merangkul gelaran juara dalam pertandingan yang disertainya pada minit-minit terakhir setelah dimaklumkan rakannya beberapa hari lalu.

“Pada awalnya saya dimaklumkan pidato ini dijalankan secara spontan namun semalam saya diberitahu rakan bahawa sebenarnya boleh menggunakan kaedah hafalan.

“Dalam masa yang sangat singkat saya berlatih bersungguh sunguh sejak malam tadi hingga pukul lima pagi semata untuk mengasah diri bagi merebut gelaran juara.

“Anugerah yang dirangkul hari ini bukanlah tuah buat saya namun ini merupakan berkat usaha untuk menang dengan dorongan berkat doa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sekolah,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Dewan Tan Sri Dr. Abu Seman, Paya Rumput, Masjid Tanah di sini hari ini.

WhatsApp Image 2022-10-20 at 4.03.25 PM
IBRAHIM memyampaikan anugerah kepada juara pertandingan itu.

Mengulas lanjut, Muhammad Azri menjelaskan jari kelingking tangan kirinya patah akibat kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal ke sekolah pada pagi Khamis lalu.

“Ketika menuju perjalanan ke sekolah saya tidak sempat membrek motosikal lalu terlanggar kereta dihadapan saya yang berhenti mengejut.

“Ketika di pentas memang tak selesa sebab saya hanya dibekalkan ubat tahan sakit sahaja dan perlu berjumpa doktor pakar tulang selama dua hari sekali sejak insiden itu berlaku.

“Apa pun saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penganjur termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer bersama Jabatan Penerangan Negeri yang menyediakan platform ini untuk mengasah bakat kami,” katanya.

Dia yang bercita-cita mahu menjadi peguam merancang mahu melanjutkan pengajiannya dalam bidang perundangan dan berharap semua pihak perlu menyediakan ruang dan pelaung seperti penganjuran program terbabit bagi memberi pendedahan kepada pelajar.

Malah katanya, peluang itu perlu dibuka lebih meluas kepada pelajar tingkatan enam berikutan kebanyakkan program pertandingan yang dilaksanakan sering kali menjurus kepada aliran perdana di sekolah.

“Pertandingan ini merupakan medium yang paling terbaik untuk mengetengahkan bakat kerana saya melihat ramai rakan-rakan saya mempunyai keyakinan untuk berhujah dan berilmu dan ini akan memberi peluang untuk kami mencungkil bakat terpendam,” katanya.

Terdahulu, dalam program dirasmikan Speaker Dun Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum itu kedua kategori pertandingan termasuk debat turut diungguli SMK Sultan Alauddin selepas berjaya memasuki ke peringkat akhir dalam debat bertajuk Undi 18: Sinar Baru Buat Negara.

Sebanyak tiga buah sekolah menyertai pertandingan itu termasuk SMK Lubok China dan SMK Ghaffar Baba di mana kesemua juara sehingga tempat keempat menerima sijil, trofi dan wang tunai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2142
Kongsi :
Previous post 200 unit dron sedia dihantar ke lokasi hotspot banjir
Next post Henti sementara aktiviti di kawasan berisiko tanah runtuh, kepala air – KP Bomba
Ubah saiz-+=