Jangkitan Covid-19 terus meningkat
KUALA LUMPUR 25 Julai – Kes jangkitan baharu COVID-19 di dalam negara terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan hari ini berbanding 21 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Katanya perkembangan terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 167 kes.
Menurutnya, daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, enam adalah kes import melibatkan empat warganegara Malaysia dan dua bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja.
“Enam kes import tersebut ialah dari Singapura iaitu tiga kes, Indonesia (1) Filipina (1) dan Rusia (1),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Dr Noor Hisham berkata penularan dalam negara pula mencatatkan 17 kes dengan 10 adalah dalam kalangan warga Malaysia sementara tujuh melibatkan warga asing.
Views:
Related
Berita Lain
TANGANI 4 ‘HOTSPOT’ BANJIR DI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 10 Januari - Usaha menangani pemasalahan banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor terus diberi perhatian...
MACAM-MACAM ADA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18 PERBANDARAN JASIN
JASIN 10 Januari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyediakan pelbagai program dan aktiviti sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Perbandaran Jasin...
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...