Jangan was-was dengan vaksin – Mufti Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

Oleh Mohamad Fazrul Abdul Majid dan Liana Shahabudin

BUKIT PALAH 10 Julai – Gerakan dakyah anti vaksin diakui menjadi antara penyumbang tersebarnya maklumat tidak tepat mengenai kebaikan vaksin dalam memerangi pandemik COVID-19.

Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, hukum pengambilan vaksin pada permulaan seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah harus, yang mana ia digalakkan dan tidak menjadi kesalahan jika tidak diambil.

Namun, tegasnya, hukum itu boleh menjadi wajib bagi orang yang telah disyaratkan mengambil vaksin.

Ia jelasnya, termasuklah bagi golongan berisiko, orang yang mendapat jangkitan, mereka yang bekerja serta mereka yang ingin merentas negeri ataupun negara.

Abdul Halim turut meminta golongan cendiakawan Islam dan tokoh-tokoh agama agar tidak memberikan pandangan mengelirukan mengenai hukum dan pengambilan vaksin.

“Saya menasihati guru-guru agama agar tidak memberikan pandangan kerana apa yang mereka perkatakan sudah pasti mudah dipercayai oleh masyarakat.

“Alhamdulillah buat masa ini di Melaka kita tidak nampak sebarang gerakan sama ada oleh penceramah, atau tokoh agamawan yang memberikan kenyataan bercanggah bagi mempengaruhi masyarakat untuk tidak mengambil vaksin.

“Apapun, kita akan terus memantau perkara ini supaya ia tidak berlaku di negeri ini,” ujarnya.

BACA BERITA LANJUT WAWANCARA KHAS EKSKLUSIF INI DI AKHBAR MHI EDISI 56, ISNIN 12 JULAI

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1524
Kongsi :
Previous post Usaha bersama pastikan sistem kesihatan negeri tidak lumpuh
Next post Polis kesan wanita masuk kawasan PKPD
Ubah saiz-+=