
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di Internet – MCMC
KUALA LUMPUR 23 Julai – Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan gimik jualan murah yang terdapat dalam Internet kerana kebanyakan produk dijual adalah daripada laman sesawang atau aplikasi tidak berdaftar.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), produk dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
“Pengguna akan menghadapi masalah untuk mendapatkan hak mereka daripada platform berkenaan jika kualiti produk dibeli melalui gimik jualan murah tersebut gagal memenuhi jangkaan dikehendaki oleh pengguna,” demikian menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, MCMC menasihati sebagai langkah lebih selamat, orang ramai digesa untuk lebih bijak menilai jualan dan promosi dalam platform e-dagang sedemikian.
Oang ramai juga dinasihati sentiasa berwaspada dengan promosi dijalankan dan platform digunakan ketika melakukan transaksi, selain perlu meneliti syarat-syarat perkhidmatan dan polisi berkaitan dengan pembayaran balik serta pampasan yang ditetapkan oleh penyedia platform e-dagang.
Menurut MCMC, ia penting bagi melindungi diri mereka daripada terdedah kepada risiko tidak diingini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...