Sorting by

×

Jangan serkap jarang isu pasir Melaka: Ahmad

Masa Membaca:59 Saat

TELOK MAS 15 Okt. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan optimis isu pasir yang cuba dibangkitkan pihak tertentu tidak akan menjejaskan persiapan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, tuduhan tersebut masih belum dibuktikan dan kini sedang melalui proses undang-undang.

Justeru, tiada sebab untuk semua pihak termakan dengan permainan persepsi itu selagi ia tidak ditentu sahihkan.

AHMAD Maslan (kanan) melawat Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Telok Mas. Foto: MR. Azli

“Perkara-perkara seperti ini tidak boleh dilihat hanya persepsi sahaja dan tak bolehlah serkap jarang sebegitu dan tentunya perkara seperti ini perlu diperhalusi.

“Contoh seperti Pandora Papers ada nama Presiden UMNO dan kluster mahkamah yang dikaitkan dengan saya. Dari segi persepsi orang akan kata mesti ada perkara tak betul.

“Sedangkan kalau teliti satu persatu kes seperti ini akan ada macam-macam cerita di belakang. Jadi, orang hanya nak buat satu persepsi tetapi persepsi itu sebenarnya ada cerita-cerita yang tidak semestinya negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan persiapan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kota Melaka, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

904
Kongsi :
Previous post UMNO enggan terburu-buru putus kerjasama politik- Ahmad
Next post Tak patuh SOP punca kluster baharu di Durian Tunggal- Rahmad
Ubah saiz-+=