Sorting by

×

‘Jangan perkecilkan pesara kerajaan’ – Kupekmas

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BUKIT BARU 17 Feb – “Jangan perkecilkan pesara, pesara adalah tunjang kerajaan…kita adalah pesara yang telah membangunkan kerajaan” kata Presiden Kelab Pesara Kerajaan 1 Malaysia (Kupekmas) Datuk Omar Osman.

Menurutnya, sejak ditubuhkan Kupekmas berperanan untuk menjaga kebajikan pesara bagi memastikan mereka mendapat faedah yang sewajarnya.

“Selain menyatupadukan silaturahim ahli, fokus utama kita adalah kebajikan pesara-pesara yang berdaftar di bawah kelab, ini termasuklah mengadakan lawatan di hospital jika ahli sakit.

“Objektif kita menjaga kebajikan, kesihatan dan silaturahim. Semua kakitangan kerajaan ada dalam Kupekmas, selagi mampu kita akan jaga kebajikan ahli-ahli ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Bersama Presiden Kupekmas Malaysia di Dewan Raja Haji Bukit Baru di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Kupekmas Melaka, Hamidah Ahmad.

Katanya setakat ini kira-kira 30,000 ahli Kupekmas yang berdaftar menerima manfaat kebajikan di bawah kelab berkenaan.

“Sekarang ini kita hanya mengambil ahli di bawah usia 80 setelah bersara, biarpun kita semua dah berusia namun semangat ditunjukkan masih kukuh.

“Jika ahli tidak bayar yuran mereka tidak akan dapat kelebihan yang kita berikan, ini kerana hasrat utama kita adalah untuk menjaga kebajikan mereka setelah menjadi pesara,” katanya.

 

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2044
Kongsi :
Previous post Kampus ‘terapung’ MS Porrima berlabuh di Melaka hujung bulan ini
Next post Boleh terbang atas air!
Ubah saiz-+=