Sorting by

×

Jangan malu anak ada kad OKU – Rina Harun

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PERINGGIT 20 Feb. – Ibu bapa dinasihatkan agar tidak malu sekiranya anak yang dilahirkan disahkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) dan diberikan kad OKU sejak dari usia kecil.

Menteri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebelum ini ada segelintir ibu bapa yang enggan menerima kad OKU tersebut lebih awal berikutan masih dalam keadaan trauma dan mungkin sukar menerima hakikat.

Ujarnya, perasaan sedemikian tidak seharusnya timbul, sebaliknya setiap ibu bapa perlu menerima kad OKU berkenaan dengan hati yang terbuka memandangkan ia mempunyai banyak faedah untuk membantu anak istimewa mereka.

“Dari segi kepentingan, kad OKU ini mempunyai sehingga 26 faedah yang boleh mereka miliki. Jadi, saya mahu memberi semangat kepada ibu bapa agar menerima apa jua keadaan anak mereka walaupun telah disahkan OKU oleh pengamal perubatan.

“Anak ini adalah anugerah tuhan dan kita perlu sayangi walau apa jua keadaannya. Anggaplah bantuan yang diberikan kerajaan sebagai kebaikan untuk kebajikan anak istimewa mereka pada masa akan datang,” katanya selepas mengadakan lawatan ke TASKA OKU IKHLAS, di sini.

Pada masa sama, Rina turut meminta masyarakat di luar sana agar mengubah stigma mereka terhadap golongan OKU dalam negara.

Jelasnya, kesedaran masyarakat untuk menerima golongan sebegini adalah sangat penting untuk menambah keyakinan mereka berdepan dengan orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1036
Kongsi :
Previous post KPWKM saran buka lebih banyak TASKA OKU di Malaysia
Next post Better Brighter Anjung Kasih YKN Hospital Melaka mula beroperasi hari ini
Ubah saiz-+=