Jangan guna nama Menu Rahmah untuk tarik pelanggan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

KRUBONG 22 Februari – Peniaga di negeri ini diingatkan agar tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan nama program Menu Rahmah bagi di premis jualan mereka bagi mengaut keuntungan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, tindakan itu dikesan apabila menerusi pemantauan dijalankan pihaknya mendapati ada peniaga yang menggunakan nama program itu tanpa merujuk dengan KPDN.

Beliau berkata, walaupun program Menu Rahmah ini dibuat secara sukarela oleh peniaga atau pengusaha namun ia perlu menepati syarat yang ditetapkan.

“Tidak dinafikan sekarang ini ramai yang menggunakan nama Menu Rahmah tetapi ada juga yang tidak rujuk kepada KPDN untuk tahu syarat apa yang perlu mereka patuhi.

“Jika sebelum ini mereka sudah menjual set makanan dengan harga RM5 tetapi kini dengan menggunakan nama Menu Rahmah mereka masih menjual dengan harga sama RM5 tidak boleh lah, ia perlu ada pengurangan daripada harga sebelum.

“Kalau kita tengok sekarang ini, gerai jualan di tepi jalan banyak menggunakan nama Menu Rahmah. Oleh itu saya meminta kepada peniaga atau pengusaha yang ingin menjual atau menyertai program ini, terlebih dahulu rujuk dengan pihak kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media dan melakukan pelupusan eksibit di stor eksibit KPDN Melaka, di Krubong, hari ini.

Ujar beliau, sehingga kini terdapat sebanyak 26 premis termasuk tiga hotel di Melaka yang mengikuti program Menu Rahmah dan menjangkakan akan ada pertambahan dari semasa ke semasa.

“Sambutan daripada masyarakat terhadap program ini amat menggalakkan oleh sebab itu kita jangka akan ada lebih banyak premis yang akan turut serta.

“Selain KPDN juga akan melakukan advokasi bagi memaklumkan kepada peniaga mengenai syarat yang mereka perlu ikuti untuk turut serta pada program Menu Rahmah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2918
Kongsi :
Previous post Belia Melaka meh beli rumah
Next post Organ diderma penghantar makanan beri sinar kepada tiga pesakit
Ubah saiz-+=