Jangan cemari Pantai Klebang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KLEBANG 7 Jun – Pengunjung di Pantai Klebang diingat agar sentiasa menjadi kebersihan persekitaran kawasan peranginan itu dengan tidak meninggalkan sampah-sarap selepas melakukan aktiviti riadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang Datuk Lim Ban Hong berkata, amalan itu perlu dipupuk bukan sahaja demi mengekalkan keindahan kawasan tumpuan itu bahkan demi menjaga alam sekitar secara menyeluruh.

“Saya menyeru kepada para pelancong dan pelawat di Pantai Klebang agar tidak mengotorkan kawasan ini dan memastikan ia seperti keadaan asal sebelum meninggalkan kawasan ini.

“Ingat, jangan tinggalkan sampah-sarap tetapi tinggalkanlah kenangan manis di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan program Make It Clean@Pantai Klebang anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka.

Seramai 112 peserta terdiri daripada mahawasiswa dan mahasiswi Politeknik Melaka menyertai program tanggungjawab sosial korporat itu yang diadakan bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Program itu diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang mana ia juga bertujuan mbudayakan amalan kitar semula serta mendidik mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadikan kebersihan sebagai amalan dan budaya hidup dalam kehidupan seharian.

Selain pelajar, program itu turut mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan orang awam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1995
Kongsi :
Previous post Patuh arahan, elak isu projek pembinaan tertangguh – KM
Next post Jom bermalam di penjara
Ubah saiz-+=