Jangan biarkan penduduk terus sengsara

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

PENGKALAN BATU 27 September – “Setiap kali ada pembinaan, penduduk yang terkesan. Saya tidak mahu lagi penduduk yang yang menderita,” itu tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Batu Datuk Kalsom Noordin.

Kalsom menyuarakan perkara itu, susulan isu banjir kilat di kawasan Jalan Ustaz Abdullah, Kampung Pengkalan Batu, yang didakwa berlarutan sejak dahulu.

Menurut beliau, penduduk setempat tidak seharusnya menjadi mangsa dan kesulitan ini perlu diselesaikan bagi mengurangkan beban ditanggung penduduk.

“Kasihan saya lihat orang kampung kerana masalah ini bukan setahun dua kalau tengok daripada keadaan ini. Kenapa satu pihak sahaja yang menderita.

“Saya harap sangat kehadiran Exco melihat sendiri keadaan yang berlaku dapat selesai segera pemasalahan dihadapi penduduk ini,” katanya.

IMG_20220927_204223_662
KALSOM. Foto: MR AZLI

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan, turun padang melihat pemasalahan di Kampung Pengkalan Batu, hari ini.

Kalsom yang juga Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri berkata, selain sistem perparitan turut menggusarkan pihaknya keadaan pagar di tempat takungan air yang mengundang bahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

“Sebagai Adun saya akan berhubung rapat dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan perkembangan mengenai tindakan baik pulih longkang yang terjejas.

“Selain itu juga saya akan memanggil pihak berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi melihat keadaan sekitar tempat takungan air ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5797
Kongsi :
Previous post Pesta Buku Melaka tawar pelbagai buku mampu milik
Next post Perkeso Melaka tawar 12,000 peluang pekerjaan 14-16 Oktober depan
Ubah saiz-+=