Sorting by

×

JANGAN BERLENGAH JELASKAN ZAKAT FITRAH

Masa Membaca:35 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Mac – Umat Islam diingatkan supaya menyegerakan tanggungjawab untuk melunaskan bayaran zakat fitrah, kata Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Abdul Halim berkata, umat Islam diharap supaya menyegerakan tanggungjawab itu kerana Ramadan tahun ini sudah menghampiri penghujungnya.

“Zakat fitrah adalah penyempurnaan kepada ibadah puasa yang kita laksanakan sepanjang Ramadan. Mereka mahu melaksanakan tanggungjawab ini juga diingatkan supaya membuat bayaran kepada amil zakat yang berdaftar.

“Seperti semua maklum tahun ini Melaka menetapkan tiga kadar bayaran zakat fitrah iaitu RM7, RM15 dan RM22. Bagi memudahkan pembayaran amil ini di lokasi seperti pusat beli-belah, kilang dan amil di kampung-kampung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

Kongsi :
Previous post IFTAR DI DATARAN VISTA ALAMANDA MERIAH
Next post LELAKI MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH