Sorting by

×

‘JANGAN BERGANTUNG HASIL KUTIPAN CUKAI SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN’

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 11 November – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini perlu kreatif dalam menjana pendapatan baharu tanpa bergantung kepada hasil kutipan cukai sebagai sumber pendapatan utama.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata ia berikutan kebergantungan hasil kutipan cukai pada masa kini kurang relevan, malah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan PBT.

“Dalam era modenisasi hari ini, kepesatan proses perbandaran yang berlaku kebelakangan ini menjurus bersama pelbagai cabaran yang semakin kompleks perlu dipikul PBT.

“PBT perlu merancang dan mengatur strategi yang tuntas dan sistematik bagi mendepani cabaran semasa selain mempergiat transformasi sistem penyampaian berkualiti.

“Justeru, seminar kali ini memfokuskan strategi memperkukuh ‘self-financing’ PBT melalui penyampaian yang efisien selain meningkatkan kompetensi dan kerjasama antara PBT dalam sektor pengurusan, ekonomi, pembangunan serta teknikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Pengukuhan dan Peningkatan Hasil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Siri 2.0 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengerusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Hadir sama Penasihat Persatuan Perancang Bandar PBT Malaysia (PETA), TPr. Sharipah Marhani Syed Ali; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan wakil PBT seluruh Malaysia.

Sementara itu ketika sidang media, Rais berharap setiap PBT melaksanakan perancangan untuk memastikan setiap bandar dan kawasan pentadbiran masing-masing menjadi lebih mampan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

138
Kongsi :
Previous post AJAL REMAJA LELAKI, DIREMPUH KERETA LANGGAR LAMPU ISYARAT
Next post CURI KABEL: 3 LELAKI DICEKUP, SEORANG MASIH DIBURU
Ubah saiz-+=