Sorting by

×

JANAAN SISA PEPEJAL DI MELAKA MENINGKAT SEPANJANG RAMADAN

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SUNGAI UDANG 12 April – Jumlah sisa pepejal di Melaka yang dihantar ke Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang sepanjang Ramadan lalu meningkat sebanyak 3.54 peratus atau 32,343.04 tan berbanding 31,199.39 tan direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Nor Zaki Md Nor berkata, berlaku peningkatan sebanyak 1,143.65 tan dengan sisa domestik menjadi penyumbang tertinggi iaitu sebanyak 16,660.34 tan atau bersamaan 5.93 peratus.

“Kutipan turut melibatkan sisa pukal, perindustrian, komersial, keinstitusian (ICI), pembinaan dan lain-lain. Sisa pukal turut merekodkan peningkatan, dengan penerimaan sebanyak 2,647.26 tan atau bersamaan 8.42 peratus berbanding Ramadan tahun lalu.

“Hanya sisa ICI mencatatkan pengurangan penerimaan di tapak pelupusan iaitu 8,325.10 tan, menurun 2.78 peratus berbanding 8,556.47 tan pada 2024,” katanya.

Whatsapp image 2025 04 11 at 3.53.00 pm (1)
FOTO udara Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang.

Menurut Nor Zaki, peningkatan janaan sisa sepanjang Ramadan tahun ini disebabkan pelbagai faktor termasuk penganjuran bazar-bazar di seluruh negeri, selain tahap kesedaran segelintir orang ramai berhubung pengurusan sampah yang masih kurang.

“Meskipun begitu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengendali kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam seperti SWM Environment yang sentiasa komited dalam melaksanakan kutipan dan pembersihan sepanjang Ramadan lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

940
Kongsi :
Previous post KOLEJ KOMUNITI JASIN JAGUH SEPAK TAKRAW
Next post KETUA MENTERI JEMPUT ORANG MELAKA BERAYA DI VILLA D’ACQUA, 19 APRIL INI