
Jamuan perpisahan berakhir tragedi
SUNGAI UDANG 14 Oktober – Niat murni seorang remaja lelaki cuba menyelamatkan rakannya berakhir tragedi apabila dia ditemui lemas dalam kejadian di Pantai Mutiara, Kem Terendak, di sini, lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Faris Darwisy Mohd Faizal, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kem Terendak, ditemui pasukan skuba selepas hampir tiga jam operasi mencari dan menyelamat.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa bersama 14 rakan dan dua guru pergi ke pantai berkenaan bagi meraikan hari terakhir guru pelatih sekolahnya.
Katanya, selepas jamuan makan di tepi pantai, mangsa bersama seorang lagi rakannya telah mandi di pantai.
“Ketika mandi-manda, rakan mangsa dikatakan lemas dan mangsa cuba untuk menyelamatkan rakannya itu, namun mangsa yang tenggelam tanpa sempat dibantu rakan-rakan dan gurunya.
“Mayat mangsa telah ditemui pada jam 9.25 malam lebih kurang 50 meter dari tempat mangsa mandi.
“Mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.
Christopher berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...