
Jamuan Mega Raya Duyong konsep santai
AYER KEROH 27 April – Berkonsepkan santai dan mesra pengunjung, Jamuan Mega Raya Duyong Kita 2024 pada 1 Mei ini akan menyediakan lebih 40 gerai makanan.
Lebih menarik jamuan mega raya (rumah terbuka Aidilfitri) kali ini menampilkan artis terkenal tanah air seperti Nizam Laksamana selain beberapa pempengaruh media sosial daripada platform TikTok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, pemilihan lokasi penganjuran di Taman Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bukit Serindit dianggap amat sesuai.

“Jamuan bermula dari jam 8 hingga 11 malam, kita jemput semua, tidak kira orang Melaka atau pelawat luar negeri ini.
“Antara juadah disediakan adalah sate, ayam golek, roti canai, kuih cara berlauk, nasi lemak, cendol, air balang dan banyak lagi.
“Sudah tentu jamuan diadakan ini untuk mengeratkan silraturahim antara pemimpin dan rakyat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...