Jambatan sementara Jalan Solok Punggai, siap tengah malam ini
TABOH NANING 15 Ogos – Pembinaan jambatan sementara di Jalan Solok Punggai, Kampung Rantau Panjang yang sebelum ini runtuh dijangka siap pada tengah malam ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin berkata, pembinaan jambatan sementara sepanjang 21 meter itu dimulakan sejak malam tadi dan dijangka mengambil masa selama 12 jam.
“Pembinaan jambatan sementara ini dilaksanakan 40 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM). Jambatan sebelum ini runtuh akibat arus deras dan limpahan air dalam kejadian hujan lebat sebelum ini.
“Selain itu pembinaan jambatan sementara ini turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Saya difahamkan kerja pembinaan jambatan ini mengambil masa 12 jam dan dijangka akan siap tengah malam ini dan sebaik siap sepenuhnya ia boleh terus digunakan oleh penduduk kampung,” katanya.
Zulkiflee yang juga Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, kejadian menjejaskan lima keluarga selain membantutkan rutin harian mereka.
“Saya amat berterima kasih kepada TDM, jabatan dan agensi terbabit yang bertungkus-lumus menyiapkan pembinaan jambatan sementara ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUA NELAYAN HILANG DITEMUKAN SELAMAT DI PERAIRAN INDONESIA
GEORGE TOWN 22 Disember - Dua nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot dinaiki mereka hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai...
OUM TERAJU BIDANG PENDIDIKAN DALAM TALIAN
BANDARAYA MELAKA 22 Disember - Open University Malaysia (OUM) terus menjadi peneraju bidang pendidikan secara dalam talian dengan menyediakan pembelajaran...
WTD 2025: PERZIM RANCANG PROGRAM BERTARAF ANTARABANGSA
BANDA HILIR 22 Disember - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) bakal menganjurkan program bertaraf antarabangsa pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA MERIAH
DUYONG 22 Disember - Kira-kira 10,000 orang membanjiri Padang Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit bagi menjayakan Larian Budaya Antarabangsa Duyong...
MIHF’24 MEDAN BANTU USAHAWAN TEMPATAN DAPAT SIJIL HALAL
AYER KEROH 22 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi MAIM Holdings Berhad mendekati dan membantu usahawan tempatan mendapatkan...
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...