Sorting by

×

Jambatan 68 tahun Sungai Rambai bakal berwajah baharu

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SUNGAI RAMBAI 24 Februari – Sebuah jambatan lama berusia 68 tahun yang terletak di sempadan pintu masuk Negeri Melaka dan Johor akan dinaik taraf sempena Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM2024).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata, bagi kerja-kerja awalan, jambatan berkenaan akan dicat dengan warna baharu sebelum Ramadan ini.

“Semoga apa yang dirancang ini dipermudahkan untuk menaik taraf jambatan lama yang telah berusia lebih dari 68 tahun ini.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat jambatan ini akan dicat semula oleh Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd dan kos untuk menaik taraf semula jambatan ini kira-kira RM15 juta.

“Saya percaya dengan inisiatif ini pengunjung yang melalui jambatan ini khususnya dari Negeri Johor dapat melihat wajah baharu di kawasan Sungai Rambai,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, kawasan berkenaan juga berpotensi untuk diangkat menjadi sebuah produk pelancongan baharu.

Ia termasuklah membabitkan aktiviti menelusuri Sungai Kesang yang berupaya menarik kehadiran pelancong dan pengunjung.

Baru-baru ini, Siti Faizah bersama Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan agensi serta jabatan terlibat telah mengadakan lawatan ke jambatan berkenaan bagi menilai kerja naik taraf yang boleh dilakukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

651
Kongsi :
Previous post Sasar satu juta sertai Skuad AADK
Next post AADK sasar hijaukan 155 ‘port’ dadah
Ubah saiz-+=