Jalur Gemilang gergasi gah berkibar di Graha Makmur

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Mengibarkan Jalur Gemilang terutama sepanjang sambutan Bulan Kebangsaan setiap Ogos, adalah satu kewajipan buat seluruh rakyat Malaysia.

Dalam usaha untuk menyemai semangat patriotisme sebagai lambang solidariti kepada agenda kemakmuran negara, Jalur Gemilang dikibarkan dan logo sambutan Bulan Kebangsaan mula dipasang dibangunan-bangunan kerajaan.

Bagi menyuburkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengambil inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang gergasi di Graha Makmur.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi MBMB, Jalur gemilang berukuran 20×40 meter itu telah dinaikkan di hadapan bangunan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Whatsapp Image 2024 08 06 At 6.03.05 Pm
JALUR Gemilang dan logo tema Bulan Kebangsaan yang tersergam indah di hadapan Bangunan Graha Makmur.

“Sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, jalur gemilang gah dikibarkan di segenap kawasan pentadbiran MBMB sesuai dengan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan menjelang 31 Ogos ini,”memetik hantaran.

Turut dinaikkan logo tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.

Memetik kenyataan, MBMB turut mengajak semua pihak daripada pelbagai sektor termasuk swasta, premis perniagaan, sukarelawan NGO mahupun individu perseorangan untuk mengibarkan Jalur Gemilang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

115
Kongsi :
Previous post Gold Award bukti profesionalisme PPSPM
Next post Atlet angkat berat berazam sumbang pingat
Ubah saiz-+=