
Jalur Gemilang ‘gergasi’ dinaikkan
KOTA LAKSAMANA 6 Ogos – Lebih 1,000 Jalur Gemilang dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bermula Julai lalu sehingga hari ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, pemasangan Jalur Gemilang itu sebagai persiapan menyambut bulan kebangsaan peringkat bandaraya Melaka bersejarah.
“Setakat ini lebih 16 lokasi di jalan pentadbiran MBMB dipasang Jalur Gemilang.

“Menariknya kali ini, MBMB turut memasang Jalur Gemilang gergasi di Dataran UTC Jalan Hang Tuah hari ini sebesar 15 x 30 kaki dengan ketinggian 30 meter,” katanya.
Katanya, usaha itu memberi kesedaran kepada anggota MBMB termasuk orang awam supaya terus mengekalkan semangat patriotik dalam menyambut bulan kebangsaan.
Seramai 30 anggota MBMB bekerjasama dalam membantu menaikkan Jalur Gemilang gergasi tersebut.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...