
Jalani saringan Covid-19 kedua atau didakwa
KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan memberi tempoh dua hari sehingga esok kepada 2,897 individu dikuarantin wajib di rumah yang masih gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua pada hari ke-13 kuarantin untuk berbuat demikian.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh dua hari ini, mereka akan ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah.
“Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka…tiada kompaun, ‘charge’ (dakwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.
“Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka potong sendiri ‘wristband’. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka,” tegasnya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...