
Jalan utama di Paitan terputus akibat tanah runtuh
SANDAKAN, 20 Jan. – Jalan utama di Paitan, Beluran mengalami tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan malam tadi menyebabkan bangunan Jabatan Air Paitan tergelongsor.
Ketika mengesahkan kejadian itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran Rastam Keladi berkata Jalan Nangoh Paitan Kanibungan terputus dan tidak boleh dilalui melibatkan 80 meter anggaran jarak yang rosak akibat tanah runtuh itu.
Katanya sepasukan anggota dari balai itu sedang respons ke tempat kejadian dipercayai berlaku kira-kira 11.30 malam tadi.
“Tindakan awal pihak kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya Sabah lakukan ialah dengan meletakkan bendera di kawasan terjejas dan papan tanda memaklumkan jalan ditutup.
“Berikutan kejadian itu, pengguna dinasihati menggunakan laluan alternatif iaitu jalan lama ke Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian itu.- BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...