Sorting by

×

JALAN SEHALA ALTERNATIF PENYURAIAN TRAFIK, KURANGKAN KEMALANGAN

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

DUYONG 18 November – Pelaksanaan laluan sehala di Jalan Permatang Duyong, di sini, antara langkah penyuraian trafik khususnya pada waktu puncak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, aspek keselamatan juga diambil kira sebelum perkara itu dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana sikap segelintir pengguna jalan raya yang mengambil ‘mudah’.

“Kita sekarang ini dalam proses menambah baik laluan di Jalan Permatang Duyong yang mana ke arah pelaksanaan jalan sehala.

“Ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan, apabila dilaksanakan tidak akan ada lagi pengguna jalan raya yang boleh membuat pusingan-U di tempat yang tidak sepatutnya,” katanya.

Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, perkara itu akan dilaksanakan secara berperingkat oleh JKR selain pemantauan juga dibuat dari semasa ke semasa.

“Saya diberitahu pelaksanaan ini akan dibuat secara berperingkat oleh JKR selain pemasangan ‘divider’ juga sudah dibuat dari Family Store Duyong hingga ke persimpangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Duyong.

“Kita akan buat secara berperingkat selain sebagai alternatif penyuraian trafik ia juga bagi mengurangkan risiko lain malah keberkesanan pelaksanaan ini akan dinilai dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Mohd Noor Helmy berkata, bagi perkembangan naik taraf Jalan Tun Hamzah, proses perbincangan bersama pemilik tanah yang terbabit sudah dimulakan.

“Pemilik-pemilik tanah sudah dipanggil dan juga diberi penerangan tentang keluasan sempadan tanah yang akan diambil malah perbincangan juga sudah bermula.

“Meskipun terdapat pelbagai sentimen namun timbang tara perlu diambil secara kolektif dan perbincangan juga harus dibuat secara harmoni kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat bagi masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

174
Kongsi :
Previous post WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
Next post KORIDOR UTILITI MELAKA SELARAS SISTEM UTILITI, INFRASTRUKTUR NEGERI
Ubah saiz-+=