JALAN PINTAS KAMPUNG PADANG KELADI SELESAI DINAIK TARAF

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

DURIAN TUNGGAL 14 November – Kerja-kerja menaik taraf Jalan Pintasan Kampung Padang Keladi ke Taman Murai Jaya telah selesai sepenuhnya dan boleh mula digunakan oleh penduduk di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil berkata, kerja menaik taraf itu dilakukan berikutan aduan mengenai jalan berkenaan yang rosak akibat dilalui kenderaan berat.

“Jalan ini memang sudah ada untuk kegunaan penduduk kampung dan kawasan sekitar, tetapi kita terima banyak aduan apabila ada kenderaan berat yang melalui jalan ini hingga rosak dan berlubang.

“Sebab itu kita minta Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri menaik taraf jalan tersebut semula awal November lalu, alhamdulillah ia siap sepenuhnya dan pengguna sudah boleh melalui jalan ini.

“Semoga usaha menaik taraf jalan ini dapat memberi manfaat kepada pengguna jalan raya yang lain terutama kepada warga Durian Tunggal,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zahari yang juga Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, jalan pintasan itu sejauh 500 meter yang secara tidak langsung membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas di Pekan Durian Tunggal khususnya pada waktu puncak.

“Kita harap selepas ini akan ada lebih banyak jalan-jalan di Durian Tunggal akan dinaik taraf bagi memudahkan urusan harian pengguna jalan raya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

220
Kongsi :
Previous post SSN PREDATOR SASAR EMPAT TERBAIK DI AUSTRALIA
Next post RXZ MEMBERS MELAKA: PATUHI PERATURAN, UTAMAKAN KESELAMATAN – JPJ
Ubah saiz-+=