Jalan pesisir Pantai Seberang Takir sehingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad ini
KUALA TERENGGANU, 10 Feb – Laluan kedua-dua hala di jalan pesisir Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus sehingga ke Jambatan Angkat di sini akan ditutup dari Ahad hingga Selasa ini (13 hingga 15 Feb).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata penutupan jalan itu berikutan satu aktiviti yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia di kawasan muara utara Jambatan Angkat dan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Katanya pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Feb) penutupan jalan akan dilakukan pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari berikutan acara raptai majlis manakala pada Selasa (15 Feb) jalan akan ditutup pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari semasa majlis berlangsung.
“Semua pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar Kuala Terengganu dan sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan jalan Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dalam tempoh penutupan jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan dan mematuhi segala arahan yang akan diberikan oleh anggota polis yang bertugas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...