
Jalan Parameswara Banda Hilir ditutup sementara 14-16 September – MBMB
BANDA HILIR 14 September – Laluan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Francis ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di sini ditutup sementara dari hari ini sehingga 16 September (Jumaat).
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata penutupan sementara jalan itu melibatkan Jalan Parameswara di Banda Hilir.
Ujarnya, penutupan sementara itu juga bagi memberi laluan kerja-kerja persiapan awal bagi Program Sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan pada 16 September 2022 jam 8 malam.
“Laluan ditutup bermula dari hadapan SMK St Francis ke Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.
“kita juga akan menempatkan anggota-anggota penguatkuasa di lokasi tersebut bagi membantu aliran trafik dan parkir di laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...